Search

Pada 8 November, Kementerian Pendidikan mengumumka...

  • Share this:

Pada 8 November, Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolah bermula 20 Januari 2021. Pada 31 Disember 2020, sekali lagi Perdana Menteri menegaskan sesi persekolah bermula 20 Januari 2021.

Pada 11 Januari 2021, PM membuat pengumuman pelaksana Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di 6 negeri yang kemudiannya diluaskan ke majoriti Malaysia.

Pembukaan sekolah ditunda dan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) pula dilaksanakan tanpa mengambil kira akses internet dan mampu atau tidak IbuBapa membeli gajet untuk anak-anak mereka belajar dari rumah.

NGO & pihak korporat mula melaksanakan projek pemberian gajet percuma untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Ada IbuBapa yang sehingga terpaksa meminjam Ah Long semata-mata untuk membelikan gajet agar anak mereka dapat menghadiri PdPR.

Pada 17 Februari 2021, PM melancarkan DidikTV bagi memudahkan pelajar yang mungkin tiada akses internet dan gajet untuk belajar tatkala ramai IbuBapa telah membeli gajet. Usaha yang baik walaupun Kemneterian Pendidikan kelihatan tidak teratur dan seolah-olah tidak pasti apa yang mereka mahu buat. Terlalu ad-hoc.

Dua hari selepas pelancaran DidikTV iaitu pada 19 Feb 2021 bagi memudahkan pelajar belajar dari rumah, Menteri Pendidikan pula membuat pengumuman sekolah akan mula dibuka dan pembelajar secara bersemuka akan bermula pada 1 March 2021!

Bagaimana dengan IbuBapa yang telah meminjam dari Ah Long untuk membeli gajet untuk anak-anak mereka? NGO dan syarikat korporat yang telah berbelanja berjuta untuk membantu mereka yang kurang kemampuan?

Bolehkah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merancang dengan lebih baik kerana apa yahg berlaku menampakkan seolah-olah tiada siapa tahu apa yang ingin dilakukan dan apa yang mahu dilakukan. Ramai guru mengadu kepada saya tentang pengumuman & pelaksanaan dari KPM yang sangat mengelirukan serta tidak teratur.

Apa yahg berlaku sangat membebankan terutamanya IbuBapa B40 yang demi pembelajaran anak-anak sanggup mengikat perut dan meminjam wang untuk membeli gajet. Fikirkan rakyat marhaen seperti kami. Duduk bincang dan rancang baik-baik.

Pendidikan anak-anak bukannya bahan ujikaji. Mereka bukan tikus makmal...


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts